No. 2

ESQ : Surat Cinta 



Sebuah seminar di Indonessia tentang "Surat Cinta" yang disampaikan oleh pakar ESQ Training Remaja, Ridwan Mukri. Hurm, Surat Cinta yang macam mana eh? Ambil yang jernih, tinggalkan yang keruh... 

Bijak pandai pernah berkata, Jika Seorang Manusia Menjaga Hubungannya Dengan Allah, Maka Allah Pula Akan Menjaga Hubungan Insan Tersebut Dengan Makhluk Lain. Inilah yang digelar Habluminnallah dan Hablumminannas. 



Doa SUAMI SOLEH :
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan 

Ya Allah

Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan Mu di Arasy,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku
di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti
perasaannya Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah

Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang 
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan duniaMu 
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya 
Sekiranya isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan 
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya 
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena



Ya Allah

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan 
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami 
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu



Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi suami yang Soleh

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang soleh
Suami yang sentiasa dihati isteri

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.

  

  

 



Dapatkan SEGERA